Mungkin Ianya Cukup

Mungkin ianya cukup
-- sekadar pada dinding-dinding
Di amati buat kenang-kenangan

Mungkin ianya cukup
-- ada pada helain masa
Tempat jeda setelah berhempas pulas
-- seharian

Mungkin ianya sekadar cukup
Tidak perlu di ambil payah

Kerana sampai masa
Yang di dahulukan
Hanyalah yang penting-penting saja

Akhirnya Melepaskan

Akhirnya aku yakin
Kalau aku benar-benar
--melepaskan
Saat di tawarkan teman
Tiada lagi telintas kamu
--di benak ku

Sepertinya
Meletakkan semuanya kepada mu
Mahu mula dari mana
Atau tidak memulakan 
--untuk selamanya
Adalah jalan yang terbaik

Mengelamun

Mahu ku mengelamun
Saat mata bertautan
Namun nyata pantas --
menidakkan rasa

Kenapa masih lagi berharap
Kenapa masih lagi menunggu
Kenapa masih lagi --
kembali pada perasaan
Yang pada akhirnya
Hanyalah angan mu sendiri

Pejam kan mata
Atau alihkan saja pandangan
Biar dia tahu
Walau kau mahu
Namun --
engkau memilih gagah untuk pergi

Move Forward

Shall we move forward?
Because I cannot handle
-- this terrible feeling anymore

Bare in mind
We are not ex
We just cannot be friends
We have no mutual understanding

Abadi

Aku pergi dahulu
Pulang pada pangkuan Tuhan ku
Bercerita akan bahagianya ku
Bersama mu, bidadari ku

Lalu menyusurlah nanti
Kita bertemu
Pada hadrat Tuhan

Mahu aku tetap bahagia
Dengan kamu, belahan ku
Di sisi Tuhan yang kita cinta