mata dibuka seluas mungkin. moga dapat membantu mengenal huruf yang berpintal di depan muka. berkerut kerut dahi cuba memahami. terkumat kamit mulut mengeja. satu persatu.
air jernih terbit di ubun-ubunnya meski di atas kepala penghawa dingin menyembur udara nyaman.
kepala didongak mengadah langit. mata dipejam. lama. huruf yang berpintal itu satu satu terbit di benak.
'huhh..'
mengeluh.
'kau dah kenapa? sampai mana dah baca?'
'hurmm.. baru separuh muka.'
jawabnya termengah. bahu Remi di tepuk perlahan. kelat air liur di telan. pahit.
'takpe.. slow slow. mana ada orang belajar sekali terus jadi pandai. hehe'
'aku malulah Am. aku malu dengan diri sendiri. dah tua tapi nak baca pun gagap lagi.'
keluh Remi hiba.
'yang penting kau usaha kan? Allah tak pandang rupa kacak atau harta banyak. tapi Allah pandang hati dengan amal kita mi.'
Remi diam. al-Quran di tangan direnung tajam. udara disedut kembali memenuhi rongga dada kemudian di hembus perlahan.
surah an Nahl ayat 119 bergema di ruang kamar.
"Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu mengampuni bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana kebodohannya, kemudian mereka bertaubat sesudah itu dan memperbaiki dirinya; sesungguhnya Tuhanmu sesudah (mereka bertaubat) itu benar benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."