wahai ruh yang indah,
tenanglah di sisi Tuhan mu,
amanlah dari ujian dunia.
wahai ruh yang indah,
berbahagialah sekembali mu,
pada Dia yang berkuasa.
sungguh,
aku cemburu.
***
dan aku,
masih meniti hari-hari ku,
yang aku sendiri tidak tahu,
akan hujung kisahnya.
aku jadi takut,
jika saat sekembali ku,
dimurkai Tuhan ku.
5 Ogos 2015
1604