Gagal

Kadang kala mahu di tutur perasaan hati dengan sebaiknya. Biar seluruh rasa dapat di luah dan tiada tertanggung lagi rasa gelisah. Namun tetap gagal.

Lalu di tarik helaian kertas kosong. Di capai pena mahu menulis rasa. Tetap saja kelu buntu. Tiada tahu mahu mula dari mana. Mahu membentuk perasaan yang bersarat bagaimana pula. Untuk kesekian kalinya gagal juga.