Isnin dan Orang Asing

cerita isnin lepas. hari yang aku balik dari kenduri yang telah berjaya membunuh sakit lelah. pagi yang aku dah janji dengan ilham nak jalan sama bila nak ke uni. bosan jalan sendiri. ada kawan boleh sembang. sembang nak bunuh masa bosan jalan sendirian. tiba tiba kereta viva hitam berhenti sebelah kami mengajak naik. kakak phd. cantik sekali. eh sempat perhati muka kakak yang kalau bercakap boleh dengaq loghat kedahnya.

'maaf lah. kereta jarang guna, sebab tu banyak nyamuk.'

aku gelak geli hati. sudah untung di tumpang, jimat keringat, setakat nak derma darah tiada masalah asal bukan aedis. hahaha.

doa musafir semalam terkabul bila sekian lama kami tiada bersua. nampaknya sakit lelah ku kembali saat mata menyambut hadir mu. makin tak keruan. makin galak paru paru menyempit. lemas! 'you see me standing but i'm dying on the floor' haha that kind of feeling when i see you. sebab sudah terasa bagai ikan yang tiada air, jadi aku turun mencari air di tempat lagi dalam. propanya. padahal tingkat atas plug semua rusak. mahu charge komputer riba ku supaya hayat kerja bisa jadi lagi lama. ceh.

hari yang ku rasa sangat indah. isnin yang tanpa blues nya bakal berakhir dengan kejadian yang di luar duga. saat keringat muda mula memanik di dahi, laju luncur kuda hitam mu. melaju melewati mata ku yang cuba berlari menangkap cahaya. ceria lambaian tanpa sahutan. iya. hanya aku yang melambai mu. tanpa tahu mu. tanpa sedar mu. seperti tabiat melambai ke burung besi di langit biru. tiada siapa yang tahu kecuali aku. kaki terus menapak menuju pulang. kelibat kambing liar melintas. cis. perang sudah mahu mula batu di cari buat bekal senjata, seperti anak palestin gayanya. namum musuh bukanlah sekejam zionis. okay propa lagi.

'eh anjing nih betul betul menganjing aku!'

seranah ku di dalam hati bila gerak ku yang cuba menjauhinya makin di dekati. lagi seekor muncul. ya Tuhan, ampun kan aku yang banyak mengejar kuda hitam. hahaha. batu di kepal kuat. bila nak lempar nih? soal ku sendiri. menggelumpur sendiri. kaku sendiri setelah dua kali melangkah longkang besar lari dari anjing liar. kenapa anjing perlu datang sekolah? pergilah berpeleseran! degup jantung lagi kuat dari bertemu mata dengan tuan si kuda hitam. tidak. ini bukan jodoh. ini salam kiriman izrail. akhirnya adiwira berbaju biru berhenti di simpang dengan kuda putihnya. kuda tu moto la. acah acah ancient sikit. kah. dari kejauhan raut tua itu berkali kali memandang aku yang sudah hilang darah di muka.

'pakcik tunggu kau nak. jangan takut. nanti pakcik halau anjing tu.'

gayanya begitulah. kecut perut dua ekor tu berlari. takut kat pakcik kita lettew. kepala di angguk dari kejauhan lalu tangan ku lambai. tanda terima kasih. terima kasih pakcik. pekik ku di dalam hati. kalau pekik kuat kuat pun pakcik tu tak dengar juga. sudah jauh di bawa pergi kudanya.

terima kasih kepada manusia yang tiada ku kenal namum tetap sudi hulurkan tangan. moga Allah jodohkan kalian dengan jodoh yang baik juga. ingat jodoh tu kawen kawen je ke? aku. biasalah. jenis naseb nya yang di kejar tak dapat lagi. orang lain pula datang bagi cinta. ehh.