Awak Rasa Dia Tu Soleh Ke?

Sesungguhnya aku sendiri tidak tahu perihal dia yang sebenarnya. Sekadar memerhati dari jauh dan meneliti di ruang massa.

Acap kali aku bertanya pada hati akan keputusan yang aku tindakkan. Adakah kerana masa sekarang atau masa depan? Namun seolah keduanya adalah sama. Tetap meneka rahsia takdir Tuhan.

Aku tidak tahu kalau dia benar yang soleh atau berlagak alim. Aku sendiri tidak tahu kalau aku sudahpun solehah atau berlakon warak. Sungguh aku tidak tahu jawapan bagi soalan mu.