Kenangan

Kelapangan ini menjadikan aku berfikir panjang lagi. Mungkin kerana tiada kebiasaan yang aku isi. Cubaan mengelak dari tabiat lama menjadikan aku kesunyian.

Harus dan perlu aku kuat dari berpaling mengenang akan silam. Kerana masa depan tiada pun kamu yang selalu memenuhi ruang khayalan. Kamu hanya wujud kini di dalam kenangan.