Tersimpang

aku mula sedar kalau aku telah menyimpang jauh dari tujuan asal. yang di cari ialah Tuhan. kalau langkah dan tuju berpandu pada kamu maka yang ku niatkan ialah kamu. bukannya Dia. aku tahu benar kalau mencari yang abadi bukannya mudah. mustahil bila di niat terus dapat di genggam erat. pasti bakal di uji dulu. sedar lah aku bahawa aku sedang di uji. dan ujiannya ialah kamu.

aku rebah malu pada Tuhan ku bila tersedar akan laku buruk ku yang melampaui batas. sekarang pandanglah ke arah mana. hatta di pejam mata sekali pun. yang terbit di pelupuk mata hanyalah kamu. gila lah aku. gila sudah. gila terkena sakit ini. lagi sakit bila ku sedar akan jalan yang ku lalui kini telah memperkudakan nama Tuhan ku.