Bendera Putih

aku pernah berniat mahu mengangkat bendera putih, mengaku kalah dan pulang tanpa pingat atau nama yang di sebut seru sebagai perwira. kerana aku penat berjuang sendiri. penat hanya Tuhan yang tahu bila hanya aku seorang yang memalu gendang mendendang lagu semangat untuk dua peperangan. aku jadi bisu kaku buntu. api kemaraan usah di cerita. kian malap dan bakal padam pada bila-bila masa.

jadi aku mula mengingat tentang hari pertama aku melangkah pada jalan ini. tentang lagu yang aku nyanyikan penuh semangat. tentang putung kayu yang ku bakar niat membara. tentang masa depan yang aku selalu bermimpi malam dan siang. aku jadi malu. aku bagaikan pejuang yang tiada rasa syukur setelah di tabur nikmat. celaka.