aku tahu aku salah bila terlalu berbaik sangka dengan diri sendiri. bagai menabur garam pada luka bila mengheret kaki melangkah tuju pada tempat mu.
cerita yang telah aku buang dalam laut yang mengganas dan terus berharap kalau tiada lagi ingatan itu kembali, kini ianya telah kembali melambai labai mahukan bahagia. meminta minta mahu kembali menghuni hati. aku kembali celaru dalam tingkah. sudah kalah kah aku dalam perjuangan?
rupanya mahu melupakan bukanlah mudah walau telah ku balut cerita mu dengan yang lain. perasaan ini terlalu jujur. dia terlalu ghairah mahu menari bersama derita.