Beberapa minggu yang lepas masa semua orang kalut pasal laporan UNICEF tentang kanak-kanak miskin bandar aku ada baca thread kat twitter pasal pengalaman aunty ni dengan kanak-kanak kat rumah PPRT. Aku tak ingat threat handle tu siapa. Yang aku ingat bila baca pengalam aunty tu aku rasa sebak gila. Terus teringat pasal kelas rakyat, program nasi tiga ringgit dan macam-macam lagi. Emosi masa tu totally huru hara padahal dalam perjalanan nak gi beli barang hantaran Ipang.
Lepas family aku jadi orang tengah yang tolong agih bantuan pada orang kurang berkemampuan, aku jadi buka mata yang bukannya semua orang dapat hidup macam manusia yang biasa aku jumpa. Bukan tak pernah nampak orang makan ala kadar kat kedai makan, nasi menggunung tapi lauk kuah dan sepotong telur dadar sahaja. Masa tu reti perati sahaja.
Bila mula buka mulut nak tanya pasal rumah PPRT kat kawasan aku, suara dah hilang. Sempat tanya kat mana rumah PPRT je. Lepas tu terus hanyut dengan emosi tak dapat nak bagi tahu kenapa aku tanya dan kenapa aku menangis. Aku pernah susah tapi susah aku tak sesusah orang lain. Aku susah tapi boleh tulis baca, aku susah tapi boleh belajar tinggi, aku susah tapi masih ada nasi mahu di suap ke mulut, aku susah tapi mak aku tak pernah bagi aku/adik beradik aku ke orang lain untuk di bela sebab susah.
Salah satu benda yang buat aku sedih bila aunty tu bagi tahu yang ada kanak-kanak tak tahu tulis baca. Bayangkan zaman sekarang mereka tak tahu tulis baca. Bukan tinggal dalam hutan belantara tapi hutan konkrit. Lagi sadis ada yang tidur dengan perut lapar. Aku memang tak boleh bila hal susah miskin ni terlibat dengan anak-anak. Sebab aku dah rasa sakitnya susah. Esok-esok sibuk nak hadap mentaliti manusia pula.