Nasi Tiga Ringgit (Trowback the Whole Story)

aku nak tulis pasal nasi tiga ringgit. aku nak buat rujukan masa depan kahkah. aku harap aku masih lagi boleh ingat semua perkara sekarang. aku pernah tulis pasal projek ni kat blog juga tapi entry tu aku dah padam masa aktiviti penghapusan karangan kisah silam yang entah apa-apa. tapi entry tu tak detail pun lebih kepada perasaan dan dendam. kahh. kenapa dendam? ayuh mulakan.

mulanya cadangan projek nasi tiga ringgit ni dari zaem. mak aku selalu tanya siapa zaem sebab selalu sangat aku sebut nama dia. nak suruh nikah dengan zaem ke? sayangnya zaem itu seorang wanita dan aku hanya meminati lelaki. haha. entah macam mana masa kami duduk bersembang dan berhujah tentang aktiviti sukarelawan yang pernah kami ikuti jadi tercadang program nasi tiga ringgit ni. masa ni kami tengah sibuk dengan final year project tahun 2013. jadi lima tahun lepas la sebab sekarang dah 2018. lamanya nak cari gali kenangan. namun kenangan yang manis akan tetap lekat subur dalam ingatan dan masih terasa manisnya di hati. eceh.

bagi merealitikan impian kami berdua, kami nak letak program ni bawah subjek, gunakan kuasa pensyarah dan uni untuk dapatkan pengaruh dan gunakan rakan sekelas sebagai penggerak. lalu cadangan diusul pada pensyarah subjek dengan rancangan asal nak agih nasi kepada gelandangan dan buat mini health check up such as blood pressure, weight, height and diabetic screening. budak medical kan, kenalah buat akiviti berkait dengan course and subject.

"esok aku nak kertas kerja"

pensyarah tak banyak cakap terus sokong. lagi berbunga aku dengan zaem. lepas dua hari submit paper work kat pensyarah aku kena panggil. sadly kertas kena reject dengan orang atasan dengan alasan yang tidak dapat di terima. sesama mereka jelah kot boleh terima alasan mereka sebab pensyarah aku pun kemain dia maki orang atasan masa bagi paper work tu kat aku. tapi makian dia sikit pun tak dapat menyatukan hati aku yang dah berkecai seribu. sadis.

"kau buat je. peduli apa kat diorang"

"serious Sir?"

mata aku membulat. beberapa kali dia mengangguk tanda beri kebenaran dan usaha untuk meyakinkan aku bahawa masih lagi ada harapan untuk teruskan projek tersebut. sebenarnya aku tak boleh lemah. aku kena kuat dan buktikan kat orang atasan yang tanpa restu mereka pun program ni boleh jalan lah. takde hal. benda boleh settle. haha. tapi satu-satu aktiviti yang boleh di jalankan ialah mengagih makanan sahaja. yang lain tak boleh sebab kena ada kebenaran berulis. mana boleh nak cucuk orang sesuka hati lepas tu main dengan darah pulak. so we make this project simple as possible. pass makanan dan balik.

lalu mesyuarat pertama dilangsungkan dengan sokongan rakan sekelas yang semangatnya kalah semangat aku. tabung derma mula bergerak di uni, di media sosial (masa ni FB takde option page lagi), ke saudara masa dan orang awam. lepas mesyuarat ke sekian kalinya ramai budak kelas tak dapat turun padang termasuk zaem sebab sibuk dengan final project masing-masing. jadi kami buka untuk junior. malam tu bila aku umum kat group uni, tak sampai 10 minit dah penuh. ramai yang kecewa tak dapat ikut. maaf dik, aku tak boleh nak terima ramai-ramai nanti lagi ramai sukarelawan dari gelandangan. haha

dua kali aku dengan ahli lain turun KL area masjid jamek, masjid india, sogo dan sekitarnya nak kira bilangan gelandangan. aim tempat tu sebab projek ni sehari je lepas tu nak bawa anak-anak muda yang masih baru dalam bidang sukarelawan jadi pilih hot area yang senang nak akses guna public transport. zaem dan budak kelas yang tak dapat join akan cover area bandar yang dekat dengan uni. sebab masa mereka limited kan.

kami aim hanya seratus bungkus nasi tiga ringgit untuk diedarkan pada hari kejadian. namum Allah Maha Kaya, kami dapat siapkan dalam dua ratus bungkus lebih dengan kuih dan bantuan pakaian. orang Malaysia sangat pemurah dan orang katering pun sangat murah hati.

pada hari kejadian; 2 desember 2013 (ingat sebab ada upload kat insta. phew) lepas zohor kami bergerak dari uni ke stesen LRT ke stesen LRT masjid jamek. nasi dan pakaian di bawa secara berhati-hati dengan kereta. precious item kot. sebenarnya aku expect nak bawak naik train je tapi atas suara ramai aku kena akur sebab tak mudah nak bawa nasi beratus naik public transport. haha. usai solat asar di masjid jamek, semua sukarelawan berpecah, bergerak dalam kumpulan ke tempat yang dah ditetapkan dalam renyai hujan. aku berdoa, moga Allah lindungi kalian.

pukul 7 malam semua sukarelawan berkumpul semula di perkarangan masjid dengan cerita masing-masing. ada yang lima minit dah habis, ada yang jalan jauh baru jumpa gelandangan, ada yang tak cukup. yang gelandangan taknak terima nasi pun ada haha. pendek kata, alhamdulillah semua nasi berjaya diagihkan dan pakaian yang kami tinggal di depan pejabat imam pun dah surut separuh. lepas solat maghrib kami dijamu dengan nasi lemak, katanya ada orang sedekah kepada sukarelawan. masa kami makan tu ada mata yang memandang. jadi tak sampai hati nak buat tak tahu. jadi kami agihkan pula nasi lemak pada mereka. surprisely semua orang dapat makan dan tiada siapa pun yang balik dengan perut lapar. padahal berapa bungkus je nasi lemak yang ada. Allah Maha Kuasa kan?

sampai hari ni orang masih duk sebut pasal nasi tiga ringgit. ada yang minta proposal dari aku, ada yang kata dari program tu lah dia jadi minat dengan aktiviti sukarelawan. Allahu. ada rakan kelas yang sekarang ni aktif dalam program sukarelawan. aku pun nak menyusul juga insyaAllah. sekarang mampu gerak dengan keluarga ja. itupun banyak cerita yang boleh buat mata aku berkaca, hati aku tertoreh. oh. lepas program nasi tiga ringgit tu masih ada dana yang berbaki dan masih ada orang yang contact nak bagi bantuan. moga Allah rahmati kalian wahai manusia yang berhati mulia. aku bagi baki dana tu kat pensyarah dan mungkin dia dah guna untuk program budak-budak junior.

lepas program tu pensyarah aku ada ajak aku pergi makan malam amal nak bagi aku buka mata lagi pasal program-program amal. dia kata dia memang suka orang-orang muda buat kerja amal ni. sebab tu lah kot dia nak juga kami buat program tu.

kami ada buat button badge, juga di sponsor oleh pensyarah kami. jadi itu sajalah token kenang-kenangan kami. aku doakan moga rasa membantu terus subur dalam diri kalian. mungkin kita tak ada banyak harta untuk diberi, tapi kita sentiasa ada peluang untuk memudahkan urusan orang lain. aku tak terasa berdendam pun dengan orang atasan. kalau bukan sebab mereka mungkin kami takkan dipaksa keluar dari zon yang selesa. sekian.

aku,
sukarelawan,
nasi tiga ringgit 2013.