0036

Setiap dari kita mempunyai impian yang takut untuk di ungkapkan kerana menunggu garis masa yang sesuai untuk di majukan.

Pada setiap impian itu juga pastilah di sertakan dengan pengharapan agar nasib menyebelahi kita. Semakin besar impian semakin besar juga lah pengharapan.

Namun, saat takdir memandu jalan hidup kita, impian kita bagaikan daun kering yang rapuh di gilis roda masa.

Kerana masa dan keadaan bukanlah dalam aturan kita yang mutlak. Kita merancang, mereka juga merancang, dan pastinya Allah juga merancang.

Allah, Dia lah sebaik baik Perancang.

050219