Nafi

Lama sudah aku biarkan rasa ini bercanda sendiri. Kalau mahu berkata jujur, mestilah kamu yang aku mahukan. Untuk setiap pertanyaan tentang masa datang pastinya ada kamu dalam benak fikiran ku walau tak terluah dengan suara kata.

Makin lama aku makin naif dengan perasaan sendiri. Aku tetap berharap walaupun aku tahu akan cerita sudahnya. Aku termanggu menunggu ucap kata dari mu. Namun tiada sebaris pun ayat keraian dari mu. Apakah engkau terlalu jauh dari pentas hidup ku atau takdir hidup kita tidak tertindih pun?

Aku masih mahu menafikan kenyataan. Tapi aku tetap sedar dan mengaku berbicara dengan mu selalu membuahkan rasa bahagia. Kita punya persamaan namun hari esok belum tentu kita bersama.