0038

Sudah lama aku berhenti dari menganggap. Tiada perlu lagi untuk bertahan dan menanti akan jawapan yang kenyataannya sudah jelas. Dulu aku ragu kalau aku bakal rebah dan tak mampu untuk menerima.

Namun ajaibnya jiwa, khabar di terima tanpa ada sekelumit rasa sengsara. Telah kuatkah hati itu? Kenapa dia terlalu mudah menelan nyata? Jadi perkasa kah dia? Kenapa sudah tidak di tanyakan lagi tentang mengapa?

Aku faham benar akan diri ku. Bila sampai waktu tertentu. Tiada pertanyaan lagi perlu di tanya. Kerana semuanya telah pun dipersembah di depan mata.