Aku melihat pada wajah yang dicandukan ramai namun bukan aku lah untuk mendampinginya. Bukan aku lah yang mahu dekat pada dia kerana nama.
Kita bertemu dalam kacau bilau yang membunuh. Dia tetap diam di situ. Kadang dikalih mata nya kepada ku. Aku gugup membalas. Tapi sakit jiwa ini lebih larut dari zahirnya. Aku meraung kerana derita bukan kerana luka dihunus senjata.
Jalan ini semakin merapu bila kau hanya duduk menanti. Sedang aku berlalu pergi dan tiada niat lagi mahu kembali. Kerana untuk bersatu harus dilaku oleh ke duanya bukan sekadar hidup di dalam pejam, terus hilang saat celik melihat siang.