Garis Masa

Pernah kah kita terfikir tentang kisah dia yang kita baru ketemu hari ini. Yang kita jalinkan rasa kepercayaan dan sayang pada hari ini, bagaimana tentang masa lalunya.

Maksud ku bukan ingin menyemak kisah hitam atau mencari aib mereka. Tapi bacalah ini.

Pada dua puluh tahun yang lalu. Semasa kita masih di bangku sekolah. Apakah dia masih dia bangku sekolah seperti kita. Apa laku nya? Nakal seperti kita. Atau jadi murid yang baik, yang menuruti kata gurunya.

Pada kita mula melangkah memasukki universiti. Saat kita mula mengenal dunia luar. Bertemu dengan mereka yang berbeza latar belakangnya. Kita sibuk dengan kelas dan kerja kursus. Adakah dia pun sama. Atau dia lebih baik dari kita. Memiliki markah yang lebih bagus dari kita sedang kita masih terumbang ambing dek kejutan budaya.

Pada masa kita kecewa, dengan sahabat, dengan kekasih hati, dengan diri sendiri. Apakah dia pun begitu. Turut merasa sakit nya di tikam belakang dan di tinggalkan sendirian.

Juga pada masa kita di katakan telah berjaya. Yang di labur bertahun membuah hasil. Kita di bangga di mata orang yang kita sayang. Bagaimana dia? Seperti kita kah yang di rai dengan bangga. Sedang kita tahu yang kita tidak layak pun di bangga kan.

Garis masa kita berbeza. Jatuh bangun ku tak sama dengan mu. Yang boleh di banggakan aku bukan seperti kamu. Pada masa aku mampu tersenyum bangga dan menari riang, masa itu kau yang berduka kerana kehilangan. Terus roda masa itu berputar meletakkan kita di atas atau di bawah. Membuat kita memiliki bahagia atau duka.

Aku hanya terfikir. Bukan mahu bersoal. Kerana kita pun tahu yang kita datang dari masa lalu. Bertandang dengan luka yang kadang tidak sembuh dengan sempurna pun. Mungkin tahun itu sama tapi ruang masa kita berbeza.

Pada masa ini garis masa kita bertindih. Menemukan aku dengan kamu. Kita punya silam yang berbeza namun berjanji mahu bersama memiliki esok yang akan di usahakan dengan lebih baik.