Sadis

Lama sudah mahu ku tanya
Berapa sadis kah silam mu
Hingga kau nekad
Mengumpul duka
Memilih untuk di rai
Memeluk erat tanpa damai

Kau khabarkan
Hitam itu rahsia
Bukan mudah untuk di luah
Ianya juga pancaroba jiwa

Namun pamer mu sinis
Tebah mu kabur
Pada mereka yang ingin merangkul
Cuba memberi ruang untuk berbagi