Berbagi

Bagaimana mahu aku mengerti
Akan perasaan yang tidak mahu kau berbagi
Aku seolah meneka wajah
Dalam gelap malam dengan mata tertutup

Mungkin aku bukanlah tempat
Yang mahu kau labuh sebak dan penat
Mempamirkan rupa yang kelu keliru
Tiada selindung
Dibalik wajah yang menipu

Namun usahlah kau berkecil hati
Jika saat ku mula berangkat pergi
Hati rawan mu--
  masih tiada terlepas dari sunyi

Kerana hadir ku hanya diam
  mendinding diri
Tiada dihayun gerak pancak
Usaha dendang hati melarat