Mengusir Bayang

Usah kata sebentar
Sedetik pun tidak ku mahu
Mengingat yang lalu
Bagai menepuk garam 
  di luka aku yang tak terubat 

Mengusir bayang mu 
Bagai bertarung di medan dendam 
Walau ku pejam mata 
Mengapa tetap berupa kamu 
  di pelupuk mata 

Mahu bagaimana aku 
Mematikan silam 
Menelan hitam 
Kerana ingin ku tenang 
Walau tak akan di kenang