Dengan niat mahu mengingat
Saat melihat raut wajah cinta
Juga masa beroleh balas rindu
Dalam tiap bait kata ku
Yang kamu tidak pun mengerti
Telah berulang-ulang ku kecap rasa
Menikmati hangatnya perasaan itu
Berkali-kali
Juga ku menulis
Dengan niat mahu melupakan
Meluah tiap sadis rasa
Dalam askara penuh gemuruh
Agar jadi penawar hati yang rapun
Hilang deras rasa yang keruh
Hingga terus ku jadi dungu
Akan maksud hiba dan murung