Hanya inginkan teduh kasih dari orang tuanya
Walau tidur tak beralas
Makan pula tak penuh mulut
Cukup si tua ada di depan mata
Penuh jiwanya sentiasa
Bersabarlah wahai anak
Juang mu bukan sebentar
Melawan buta membuka dada
Kerana ilmu bukan hanya untuk dunia
Malah sarat jika dihimpun demi akhirat