Membaik indah akan kisah silam
Yang buat jiwa mu remuk
Tidak terubat sakit merana
Tiada niat mahu ku bertandang
Membuat mu mengenang cerita semalam
Hajat ku luhur
Hati ku jujur
Benar
Mahu ku tegas meluah kata
Tidak sama belalang di padang
Walau datang setanah luas
Bukan bererti sama batiknya
Namun tiada mampu aku bersuara
Akan bicara dari fikiran yang ramai
Menongkah arus bukannya mudah
Menjadi yang tersendiri di pandang aneh pula
Mungkin ianya menjadi lebih mudah
Jika di lapang kan dada
Kerana jika di pukul sama rata
Semua manusia jahat belaka