Kalau di ingatkan pada masa lalu. Kita tidaklah seakrab mana. Sekadar tahu kamu dan aku ada. Juga hal perasaan tidak pernah terlintas kerana jarak usia dan ruang.
Namum kali ini aku benar-benar mahu. Akan sesuatu dalam diri mu. Kalau dipandang manusia, aku gila. Juga rakus kerana nama. Apakah salah jika mahu aku bercita-cita? Impian ini sungguh lama. Jikalau boleh mahu aku miliki juga.
Namun bila di pandang dalam diri. Buruk dan hodoh tiada apa pun yang boleh di hebohkan. Mahu diganding dengan budiman. Jauh api dari panggang. Pipit tak terbang sama dengan enggang.
Cukup saja aku coret di sini. Meluah kemaruk hati yang sudah pun letih. Penat mahu diulang dari mula. Dari hal perasaan cinta hingga akhirnya hanya mampu berputih mata. Asbabnya ku tahu. Putih mata ku lebih putih dari persalinan hari mu.