Aku terbaca luahan seorang orang muda kalau pada umur 23 baru sahaja mula pengajian sarjana muda. Risau tiada kereta, tiada harta dan bagaimana dia mahu bernikah sedang tamat belajar umur sudahpun 27.
27 masih muda. Tiada jaminan habis belajar bakal bernikah dan bakal bekerja. Tiada satupun keadaan masa depan yang kita boleh tentukan.
Memaksa takdir bagaikan meragut keamanan dengan masa. Hidup dalam sesak yang menekan kerana tidak mampu untuk beroleh perkara yang kita mahukan. Berdamai dengan takdir bukanlah mudah, namun ianya mendamaikan hati dan membuka minda akan hikmah takdir yang di atur Tuhan.
Usah bandingkan garis masa kita dengan orang lain. Tiada standard yang betul dalam pencapai vs umur. Jika semuanya sama nescaya semua manusia di dunia sehidup dan semati.