Kerana aku masih lagi
--- tidak redha dilukai kamu
Tiap kata yang kau katakan
Hati ini terus terhiris
Lagi
-- dan lagi
Apakah silap keluhku pada mu
Pada cerita yang kau tidak perlu tahu
Walaupun keluh ku dulu
-- dapat aku redakan kini
Namun masih terasa bodoh meluah
Pada kamu yang menidakkan aku