0045

Selama masa
Aku masih berkisar
-- pada ruang yang sama
Terus mengulang silap
Masih berasa nikmat
--- mensialkan perasaan

Hinggalah berasa penat benar
Bila nafas ini berdetak laju
Pada jarak yang aku bisa gapai
-- lengan mu

Tiada lagi yang istimewa
Pada tautan mata di kaki lima
Atau sapaan kosong 
-- mengisi ruang sunyi

Aku benar mahu pergi
Mahu berlalu tanpa berpaling

Cukuplah masa yang dilaburkan
Cukuplah perasaan yang dia siakan

Hidup memandang ke hadapan
Datang mu mengisi ruang masa
Mengajarkan aku hal--
Sedekat mana pun kita berdiri
Sebanyak masa ruang dikongsi
Kejauhan hati tetap tidak mampu
-- membuatkan kita merangkul
perasaan yang sama.