struggle.
kata melayu yang tepatnya apa? perjuangan? bukankah kalau perjuangan itu maknanya besar. mahu merdeka dari sesuatu belenggu? tapi apa yang aku juangkan kini? apakah semuanya situasi yang aku lalui kini adalah perjuangan? tapi perjuangan ini tetap menemui kegagalan dalam memerdekakan diri. atau masih belum berjaya merdeka?
pastilah tidak rela membiarkan diri di jajah. di rantah. di noda. tanpa ada rasa juang mahu melawan. masih berjuang juga.
'Allah melihat perjuangan bukan kemerdekaan.'
tapi aku juga hamba yang kadang malap dan bakal padam api semangat juangnya. tidak mahu kalah tapi tetap saja aku hampir rebah.
namun kata tepat bagi struggle adalah berusaha keras.