Lebih Lama

kedua tapak tangan dipekup. rapat. digesel gesel antara keduanya supaya terhasil sedikit haba yang meredakan sejuk yang makin menggigit.

'sejuk?'

sapanya. menoleh wajah sedikit ketepi. cuba melihat aku dengan hujung mata. sedang dia juga cuba menahan kesejukkan. 

enak jika dapat menghirup kopi seteguk dua. indah jika saat menghidu aroma kopi kamu mendengar cerita dan jenaka aku tanpa henti mengukir senyum indah dari bibir kamu.

aku mahu tika itu masa berjalan perlahan. mahu ianya lama. selama kamu hilang dari sisi aku. aku mahu masa itu lagi lama. lagi lama dari kepergian kamu dari sisi aku. ah, aku mula tamak dalam mengukir kenangan.