Satu Sama Satu

Alangkah indah bila hati mudah lunak menerima ujian Tuhan. Saat Allah menegur lalu akur terus rukuk dan sujud memohon keampunan. Menghina diri dengan tulus tanpa riak bongkak melangit.

Tuhan selitkan pesanan dalam amarah dan kecewanya manusia. Berkecamuk hati bila bala didatangi bertubi-tubi. Belum selesai yang ini sudah diuji begini. Keluh lagi sendiri.

Kepada siapa lagi mahu diadu sesungguh, hanyalah Rabbi! Kepada siapa lagi mahu menangis sendu, hanyalah Rabbi. Dan seharusnya saat kurnia ternikmat dimiliki, tiada siapa lagi yang wajib aku sembah syukur hanyalah padaMu Rabbi.

Kini hanya ada aku dengan Tuhan aku. Aku bicara denganNya, satu sama Satu.