Gerun serasa. Bila di asak soal masa depan yang aku tidak tahu mana hala tujunya. Mahu di tala muka ke arah mana nanti? Mahu jalan yang di lalui berbuah hasil apakah lagi?
Mungkin yang di sisi bakal pergi dan tinggal lah wahai aku yang sendiri menggungah hati goyah yang kian rapuh.
Allahu.
Bila mendewasakan fikiran masa depan makin di rasa semput. Lalu fikiran ke anak anakan di hidupkan supaya khayal ku ke langit biru. Terbang tinggi.
Wahai jiwa yang semakin takut dengan kenyataan. Kehidupan bukanlah misi untuk hidup. Misi kehidupan ialah kematian. Kematian yang membuahkan kejayaan.
Hanya pada tali Tuhan ku paut ku barut hati. Moga tak putus pengharapan. Moga tak hanyut dalam penantian.