Teman Beradab

Lagi berlagu puisi rindu
Dari berdendang kisah sendu
Mahu lari dari kesal yang menggunung
Bila terlihat manis senyum mu
Selalu kau ukir tiada jemu

Salah aku lah terlalu mengharap
Pada kamu yang berlainan darjat
Atau misi yang di juangkan pangkat
Kerana tak nampak ku baca hayat
Yang bakal di tulis setelah mangkat

Kalau boleh
Mahu lagi berteduh kasih
Mengutip semangat menjadi hikmat
Nanti gelap mentari sembunyi
Ada terang teman beradab