Pertemuan kali ini amat mengubat kerinduan. Mengimbau kenangan yang kadang kala aku sendiri terlupa dari peristiwa yang mana. Jadi kerana engkau lengkap lah aku. Lengkaplah ingatan aku akan silam yang ku rasa tiada seri. Nyata kaulah yang menjadi penyeri.
Ingatkan aku kembali andai aku terlupa akan masa silam kita. Ingatkan aku kembali andai aku lupa akan misi kita di alam hadapan. Kerana kekalnya sebuah ikatan adalah tika kita berjaya berkumpul semula di dalam syurga Tuhan.