0014

bahagian mana harus aku cerita
tentang kamu yang sudah meraja
saat bertemu dalam bahagia
atau tika hilang mu, aku merana

benar takdir mustahil dapat ku genggam
namun derita bukanlah mudah mahu dipadam
datang bertandang tanpa di undang
bila di hambat pulang
tetap mahu berumah dalam kenangan

aduhai hati ku yang malang
sudah bercinta di tinggal orang
impian hidup hingga ke lahad
diubah nyata menjadi laknat

wahai bahagia datang lah nikmat
dahi ku sujud memohon berkat
tuju ku syurga bukannya neraka
pergilah derita kurniakan lah cahaya