aku lagi berfikir-fikir perihal diri hari ini. menghadap kenyataan yang aku minta selama masa dengan keadaan bingung. sungguh aku bingung bagaimana aku biarkan perasaan sejauh ini. sepatut pada rasa yang selalu bergelora, aku perlu menangis sampai bengkak mata atau tidur seharian.
paling terharu bila mereka asyik meminta maaf. bukanlah kalian yang salah. tiada sekelumit dosa mahu aku sandarkan pada kalian. aku gagah senyum pun kerana kalian yang selalu menghibur dengan jenaka. harusnya aku bersyukur.
aku menulis kerana mahu menzahirkan rasa yang acap kali aku telan sendiri. jenis aku kaku dan buntu dalam menafsir perasaan. hingga kadang puisi dan ceritapun aku gabungkan segala rasa segala masalah menjadi satu.
kini tiada lagi kelibat yang mahu ku lambai selaju mahu. aku berhenti dari mengejar yang bukanlah milik ku. saat aku meminta Tuhan akan petunjuk, Dia datangkan perasaan berdosa. mujurlah aku hilang dia bukannya Dia. dan aku hilang kamu kemudian aku telah ketemu kan diri ku sendiri.