Lari

Rasanya seperti telah pun berjalan jauh
Masa ku samar
Nafas ku sesak
Bahu ku tidak lagi mampu memikul beban

Namun aku tetap harus berjalan
Kerana silam ku yang gelap
Aku takut dan gusar
Aku tetap harus berjalan
Walau hari muka ku masih kelam

Kadang kala
Mahu saja di lepaskan beban
Mempersetankan segala rasa
Biarkan saja diri di telan zulumat
Asal tiada lagi rasa
Yang menjerat hati