Tweet Reply

Pada 8 ogos 2016 aku ada reply tweet Teme. If you don't know Teme, he is author to Pelukis jalanan, arkitek jalanan and other few books. Masa tu Teme tweet pendapat dan nasihat dia pasal fitrah ada perasaan dekat manusia lain. Key point tweet tu ialah kalau orang yang kita suka tu suka kat kita, kita menang dan walaupun orang yang kita suka tu tak suka kat kita, kita menang juga sebab nya kita dah selamat dari orang yang tiada perasaan kat kita. Then he remind to seek Allah's love and fill it in our heart.

Lepas baca tweet tu aku reply;
"yup so true. Pernah suka kat someone. mmg cop nk buat laki tp xde jodoh. Tp yg best kta mkin kenal diri sendiri & mkn rapat dgn Dia *smile*"

Sampai hari ni orang duk like dan retweet tweet reply aku tu. Dan tiap kali itu juga aku rasa terbeban. Haha. Yes, I have been there before. Memang betul kata Teme, perasaan suka tu fitrah. Aku tak pernah seserius itu bila aku buat keputusan untuk merisik lelaki itu. Berani kan? Sampai hari ni aku tak boleh terima tindakan aku tempoh hari.

Sebelum buat risikan aku pernah berurusan dengan dia. Hal bisnes. Hati kata pass. Lepas tu selidik lagi, selagi boleh selagi dalam. Ya. Aku dapat banyak sangat maklumat pasal dia. You name it. Akibatnya hati dah tertaut sebelum hitam dan putih. Lalu istikarah pun jadi bias. Haha. Bulat hati aku nyatakan hajat.

Aku dapat jawapan lepas aku terserempak dengan dia. Dia memang tak tahu yang merisik tu aku. Di sangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Risikan di tolak, dia dah bertunang. Itu sajalah yang aku tak jumpa masa selidik hal dia. Aku move on tapi teruk juga aku kena 'bedal' dengan Allah.

Malam tu lepas teraweh aku baca quran ayat random, sekali yang banyak keluar nama lelaki tu. Menangis tak ingat dunia. Ya ada nama dia dalam quran. Hari hari sebelum balik raya makin kerap terserempak dengan dia. Dulu aku duk cari dia, sekarang Allah yang bawa aku jumpa dia, padan muka.

Lepas setahun lebih, masa ni dah move on dah, aku dapat tahu that guy dah kawen. Bila tengok fb dia terkejut gila. Masa zaman selidik dia, aku ada jumpa conversation mereka berdua tapi tak nampak mesra pun. Yang peliknya hati aku terdetik yang budak tu ada hubungan istimewa dengan dia. Sepatutnya aku back off je bila ada feeling macam tu. Tapi nak buat macam mana, terlampau optimis. Haha.

Aku tak ambil masa lama pun untuk move on sebab aku tahu apa nilai aku. Dah jumpa diri sendiri kan? Jadi kalau orang yang kita suka tu tak suka kita, tiada jodoh dengan kita maknanya dia tak nampak dan takkan dapat kebaikan dan nilai kita. Dia yang rugi sebab tak dapat orang yang betul betul sayang kat dia.

Aku rasa terbeban dengan orang duk retweet dan like tu sebabnya sekarang aku rasa aku dah jauh dari Allah. Betul lah kalau ujian itu tanda Allah sayang.