Menjadi Bisu Lebih Baik

Tajam lidah mu menikam
Menyentap keriangan hati
Yang menganggap ikatan
Melebihi darah sendiri

Seberapa tahu diri mu
Akan niat yang tak tersiar rupa
Kau buta akan perasaan
Hanya tahu meraja hati
Memeras kuasa

Nanti usah bertanya kenapa
Bila ku bisu kan semua perkara
Kerana hidup sendiri--
 adalah lebih mudah
Dari cuba memberi erti
Pada batu yang tenggelam
Dalam rasa baiknya diri