Sebentar

Sebentar sahaja aku bertandan di ruangan mu. Membelek ke elokkan pekerti hingga terdetik mahu berganding. Walau hati ada ragu, kira mahu di nyatakan hajat atau biarkan saja waktu memberi sebab.

Ku utus kata dua, memurnikan hati yang berhajat. Pada Tuhan aku bertanya; apakah yang mahu Kau ajari aku kali ini? 

Tidak jauh aku berjalan, tidak lama aku menunggu. Secepat hasrat terdetik, sepantas takdir menepis.

Aku kembali pada jalan yang sama. Ku lambai mesra pada mu di hujung persimpangan. Sebentar saja kita ketemu. Tiada tertindih takdir di tulis.