Mahu Ku Rangkul Cinta

Mahu ku rangkul cinta
Yang deritanya
Tak tumpah dari kolam mata
Yang merasa hina
Hingga tiada nafsu
Untuk bernyawa

Aku mahu berbagi sedih
Saat segala kusut
Menjerut hati mu
Melumpuhkan kaki mu
Aku ada di sini

Bila kau rasa dunia memburu mu
Kau hilang arah dan tuju
Aku masih di sini sayang
Menanti sabar melapang dada
Sedia ku dengar raung sengsara