Kadang masa drive seorang diri balik dari lawat tapak atau meeting atau balik dari bertikam hujjah dengan orang kampung, tiba-tiba sahaja rasa nak kan teman bersembang. Bukan tiada rakan kerja untuk jadi tukang canang hujjah tapi mahu orang lain yang dengar sahaja.
Aku bercakap seorang diri seperti ada telinga yang menyambut. Padahal tiada satu pun nada di hujung talian. Kamu terlalu jauh bukan sahaja jauh dari jarak. Malah masa terlalu menghukum, membawa kamu pergi hingga aku tidak tahu pada saat yang mana dapat aku dengar balas suara mu.
Sunyi. Mungkin benar kata orang, kita bakal lebih damai saat kita tahu ada yang menyambut tika kita pulang. Menyambut dengan depa tangan dan ukir senyuman. Atau sekadar mendengar luah resah walau tak berbalas.
Yang aku fikir, makin sibuk makin jauhlah di bawa pergi hal-hal berkenaan hati. Namun segalanya meleset. Aku bakal rindu lagi.