Harapan Sebagai Ibu

Selain harapan untuk berpasangan dengan orang yang baik dan soleh, mengharapkan diri sendiri baik juga satu perkara yang besar.

Menjadi ibu yang selalu menyokong anak-anaknya, tidak mengadili atau mengherdik juga menjadi pembanding. Sikap ini mungkin nampak kecil tapi terlalu besar kesan pada anak-anak.

Berharap juga untuk mengajar anak-anak akan tanggungjawab dalam rumah. Tidak berbagi antara jantina kerana kerja rumah adalah ilmu asas yang semua manusia perlu tahu.

Menjadi ibu yang menjadi contoh untuk anak-anak supaya ada perasaan kasih pada orang lain. Suka membantu. Selalu berasa cukup dan syukur dengan apa yang ada. Juga menjadi sahabat baik mereka.

Terlalu besar harapan-harapan ini. Semoga aku sentiasa sedar yang aku harus berusaha menjadikan harapan ini satu kenyataan. Harapan yang aku sentiasa impikan pada diri sendiri. Hadiah terbaik untuk anak-anak.