Keputusan

Aku mengambil keputusan
Untuk tidak berharap
Menidakkan perasaan
Dan melupakan harapan

Aku padamkan angan
Kalau masa depan itu milik kita
Kerana penat bermain dengan perasaan
Yang aku sendiri tiada tahu bila mahu di luahkan

Penat berhujah dengan diri
Yang tidak pernah yakin
Kalau bukan semua lihat pada rupa
Atau masa lalu yang hitam

Keputusan ini nekad
Pejam mata aku lupakan segala
Aku padamkan jejak kamu dalam carian
Semua kenyataan aku telan
Kerana aku tak mahu lagi
Tidak mahu berharap

Kerana semua yang ku jumpa
Adalah jalan buntu
Untuk meluahkan hasrat
Pada kamu