Tak Pasti

Masih tak pasti
Kalau aku tetap dapat bertahan
Untuk terus berperasaan
Atau biar saja
Rasa ini hilang
Di balut kata tidak

Mungkin lebih mudah
Jika tidak terus berfikir
Mahu menambat hati
Atau menjadi yang disayangi
Agar mudah hilang debar
Saat mata bertaut

Mahu jadi penguasa perasaan
Namun tak pasti
Kalau mampu untuk menguasai