Berhenti

Aku mula berhenti
Berhenti dari perkara tentang kamu
Berhenti dari mencari kamu
Berhenti dari melihat kamu
Berhenti dari memandang
Pada sorot dua mata kamu

Walau kita berkeliling
Pada putaran yang sama
Kita bersama tapi tidak sekali
Kita duduk bersebelahan
Juga sebelah pada hati
Pada perasaan yang takut
Untuk diakui

Silap kerana aku terlalu yakin
Yakin kalau kamu bakal membalas rindu
Yakin kalau aku mampu
Menunggu hingga kau mahu

Mungkin aku masih mampu bertahan
Kalau imbalnya tidak tandus dari perasaan