Ulang

Kadang kala, ada perkara yang mahu diulang semula. Diulang kembali agar kita punya kesempatan untuk menjadikannya lebih baik. Mengulang masa agar tidak meletakkan harapan pada yang tidak pasti. Mengulang agar tiada yang berasa tidak berharga apabila telah berusaha. Mengulang agar tiada sesiapa yang rasa dipermainkan. Mengulang agar tiada sesiapa rasa ditinggalkan. Mengulang agar tiada sesiapa merasakan buruk dan jahatnya diri.

Pengharapan ini terlalu besar. Mahu mengulang seluruh masa manusia. Mahu memperbetulkan kesilapan juga menghapuskan usaha yang telah terasa manisnya berjaya.

Ternyata kita tidak mampu menyempurnakan semua perasaan. Menemani kesendirian yang mahukan keseorangan. Tidak mampu memperbetulkan keadaan jika tiada ruang untuk dibentangkan. Pada akhirnya, kita hanya mampu menjaga sendiri hati kita. Dipersiap untuk hari depan yang kita tidak tahu bagaimana kita mahu menerimanya.