Selamat Hari Lahir; Kita

Aku bawa kau bersama
Dalam menempuh hari hari ku
Dalam merancang masa depan ku
Dalam membayangkan bahagia
-- di satu hari indah
Keindahan hari itu adalah adanya aku
Dengan kamu

Jika kau minta aku menunggu
Di terik mentaripun aku mahu
Mengecilkan mata menanti dengan sabar
Kalau nanti kau muncul
Lalu membawa aku pergi

Namun fikir kita tidak sama
Keyakinan kita berbeza-beza
Sanggup aku menunggu
Tapi kau tak mampu berjanji

Lalu cerita ini tidak akan ku lanjuti
Aku hentikan setia yang sia-sia
Usaha yang ku cuba menjadi seseorang 
-- dalam hidup kamu
Aku hentikan di sini

Kini, langkah ini tidak tertuju lagi kepada kamu
Aku tinggalkan harapan untuk bersama kamu
Pada garis masa yang ku rasa cukup
Kerana aku tidak mampu lagi untuk memikul

Kalau dulu aku masih menanti
Membuka tangan selebarnya
Menunggu kamu
Untuk merawat hari mu yang lelah

Seharusnya aku tahu sediri
Kalau penantian ku tidak bererti
Kau mampu merawat sendiri

Selamat hari lahir
Untuk kamu
Untuk aku
Sampai disini saja
Aku mampu mengejar kamu
Moga bahagia menemani kamu