Izinkan Aku Menangis Kali Ini

10.43pm

Kali ini aku betul - betul menangis. Tidak lagi mampu menahan perasaan yang selalu disuruhkan sabar. Aku menangis sesungguhnya. Menangis kerana lelah. Menangis kerana penat. Tidak mampu untuk bertahan.

Aku katakan pada Tuhan ku, kalau aku mahu mati sekarang pasti tempat ku di neraka. Kerana aku tahu dan sedar betapa banyaknya dosa yang aku lakukan. Hingga saat dalam pohonan doa pun masih lagi berbaur dunia. Jalan ini makin jauh dari abadi. Makin tidak terfikir kalau mati nanti, yang dibawa hanyalah amalan sendiri.

Aku menangis lagi. Menangis hingga tidak mampu dibuka mata. Kerana diri ini berasa tidak mampu. Terlalu banyak perkara yang membebankan. Terlalu banyak perkara yang terlalu. Hingga aku buntu bagaimana untuk bangun lagi selepas malam ini.

3.45am

Aku bersujud dengan rasa lompong didalam hati. Rasa yang terlalu aneh. Rasa hilang. Rasa tiada yang terisi. Aku jadi sedih memikirkan aku yang semalam.

Tuhan, aku tahu kalau aku mampu bangun lagi. Aku tahu dugaan yang bertimpa ini telah engkau ajari sejak lama lagi. Aku tahu aku mampu bangun lagi dan merencanakan dengan lebih baik. Tapi aku tetap menangis. Aku tetap bersedih mengenangkan aku yang tidak pernah berputus asa.

Tuhan, selama aku bernyawa dan melangkah, tidak sekali Engkau biarkan aku sendiri. Aku terus menjadi kuat kerana aku tahu yang selalu ada dengan aku adalah Tuhan yang menciptakan aku. Yang tahu hingga apa yang terlintas di hati.

Tuhan, aku manusia yang terus memohon hajat yang besar dari Mu. Namun amalan ku just bare minimum. Tiada yang special. Tiada yang significant.

Jika mahukan hajat setinggi bintang di langit. Seharusnya aku bangun pada hamparan bintang di malam gelap. Supaya aku tahu bintang mana yang mahu di capai. Supaya tentu, bintang mana yang aku hajatkan.