Mungkin Aku

Mungkin aku sememangnya begitu
Menjadi yang selalu besar
-- jiwanya
Yang selalu memberi
Yang selalu ada
Yang selalu sabar menunggu mu kembali

-- kerana
Aku tahu betapa sepinya perasaan
Saat pulang namun tiada yang menunggu
Tiada tempat yang mahu ditumpahkan
-- rasa dan lelah
Setelah sekian lama bertahan