Perkara yang dibanggakan adalah mampu mengingat. Mengingat hal-hal kecil yang berlaku antara kita semua. Malah menjadi orang yang kuat dalam menyimpan memori juga bagaikan bala bila ianya kembali menjadi sebab yang akan dibanding-bandingkan dengan masa sekarang.
Menjadi yang selalu berusaha dalam mengekalkan sesuatu hubungan itu amatlah sunyi jalannya. Bila hadir kita disambut ramai dan mesra -- kita menjadi yang paling bahagia. Namun bila semuanya hilang dari rada terasa terasing dan mula mempersoalkan kelakuan sendiri. Apakah yang telah aku lakukan hingga semuamya seolah menjauh.
Mungkin mereka juga penat menjadi yang selalu beria, mungkin hari mereka kusut dan mahu masa sendiri, mungkin hari mereka sibuk. Semoga mereka tahu kalau aku selalu menunggu. Dalam kiriman reels/streak, hantaran video bukan yang entah-entah tapi dipilih cermat untuk mereka. Mungkin bunyinya agak mengarut dan buang masa. Tapi usaha itu supaya mereka tidak terasa asing dan sia-sia saat menontonnya. Supaya ada respond yang kita boleh bualkan tentangnya -- bukan sekadar kiriman video sahaja yang sekadar cukup syarat.
Namun apakah usaha dalam mengekalkan hubungan dengan Tuhan adalah sebaik dan seberhati-hati itu? Apakah aku penat menjadi yang beria? Apakah hari ku buruk? Apakah hari ku terlalu sibuk? Sedang Dia juga tidak pernah penat menunggu -- padahal siapalah aku untuk ditunggu oleh Pencipta ku
Hablu minallah, hablu minannas -- pekara yang harus dikoreksi kembali sebaik dan seberhati-hati yang mungkin.